Tuesday 29 November 2011

Renungan 3

32. Penglihatan itu sebagai
panah iblis yang berbisa, maka
siapa yang mengelakkannya
kerana takut padaKu, maka Aku
akan menggantikannya dengan
iman yang dirasakan manisnya
dalam hati…
33. “Wanita yang cantik tanpa
peribadi yang mulia, umpama
kaca mata yang bersinar-
bersinar, tetapi tidak melihat
apa-apa”
34. “Kekecewaan mengajar
kita erti kehidupan. Teruskan
perjuangan kita walaupun
terpaksa menghadapi rintangan
demi rintangan dalam hidup”
35. Tanda Orang Bijaksana Ialah
Hatinya Selalu Berniat Suci;
Lidahnya Selalu Basah Dengan
Zikrullah; Matanya Menangis
Kerana Penyesalan (Terhadap
Dosa); Sabar Terhadap Perkara
Yang Dihadapi Dan
Mengutamakan Akhirat
Berbanding Dunia.
36. Jika kejahatan di balas
kejahatan, maka itu adalah
dendam. Jika kebaikan dibalas
kebaikan itu adalah perkara
biasa. Jika kebaikan dibalas
kejahatan, itu adalah zalim. Tapi
jika kejahatan dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji.”
37. “Hidup umpama aiskrim.
Nikmatilah ia sebelum cair”
38. “Kata-kata itu sebenarnya
tidak mempunyai makna utk
menjelaskan perasaan. Manusia
boleh membentuk seribu kata-
kata, seribu bahasa. Tapi kata-
kata bukan bukti unggulnya
perasaan”
39. “Hidup tidak boleh
berpandukan perasaan hati yg
kadangkala boleh
menjahanamkan diri sendiri.
Perkara utama harus kita
fikirkan ialah menerima sesuatu
atau membuat sesuatu dgn baik
berlandaskan kenyataan”
40. “Hidup adalah gabungan
antara bahagia dan derita. Ia
adalah menguji keteguhan iman
seseorang. Malangnya bagi
mereka yg hanya mengikut
kehendak hati tidak sanggup
menerima penderitaan.
41. Hadiah Terbaik :
Kepada kawan – Kesetiaan
Kepada musuh – Kemaafan
Kepada ketua – Khidmat
Kepada yang muda – Contoh
terbaik
Kepada yang tua – Hargai budi
mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan – Cinta dan
ketaatan
Kepada manusia รข€“
Kebebasan
42. “Berfikir secara rasional
tanpa dipengaruhi oleh naluri
atau emosi merupakan satu cara
menyelesaikan masalah yg
paling berkesan”
43. “Hiduplah seperti lilin
menerangi orang lain, janganlah
hidup seperti duri mencucuk diri
dan menyakiti orang lain.”
44. “Dunia ini ibarat pentas.
Kita adalah pelakonnya. Maka
berlumba-lumbalah beramal
supaya hidup bahagia di dunia
dan akhirat”
45. “Akal itu menteri yang
menasihati, Hati itu ialah raja
yang menentukan, Harta itu
satu tamu yang akan berangkat,
kesenangan itu satu masa yang
ditinggalkan”.
46. “Selemah-lemah manusia
ialah orang yg tak boleh mencari
sahabat dan orang yang lebih
lemah dari itu ialah orang yg
mensia-siakan sahabat yg telah
dicari”
47. “Cakap sahabat yg jujur
lebih besar harganya daripada
harta benda yg diwarisi dari
nenek moyang”

No comments:

Post a Comment