Tuesday 29 November 2011

Renungan 2

16. Seseorang yang bijak
melahirkan kata-kata selalunya
disanjung sehingga ia mula
bercakap kosong.
17. Harta akan habis digunakan
tanpa ilmu tetapi sebaliknya
ilmu akan berkembang jika
ianya digunakan.
18. Kekayaan bukanlah satu
dosa dan kecantikan bukanlah
satu kesalahan. Oleh itu jika
anda memiliki kedua-duanya
janganlah anda lupa pada Yang
Maha Berkuasa.
19. Sahabat yang tidak jujur
ibarat dapur yang berhampiran.
Jikalau pun kamu tidak terkena
jelaganya sudah pasti akan
terkena asapnya.
20. Mengapa manusia gemar
mencetuskan pertelingkahan
sedangkan manusia itu sendiri
dilahirkan dari sebuah
kemesraan.
21. Kita sentiasa muda untuk
melakukan dosa tetapi tidak
pernah tua untuk bertaubat.
22. Gantungkan azam dan
semangatmu setinggi bintang di
langit dan rendahkan hatimu
serendah mutiara di lautan.
23. Setiap mata yang tertutup
belum bererti ia tidur. Setiap
mata terbuka belum bererti ia
melihat.
24. Jadikan dirimu bagai pohon
yang rendang di mana insan
dapat berteduh. Jangan seperti
pohon kering tempat sang
pungguk melepas rindu dan
hanya layak dibuat kayu api.
25. Menulis sepuluh jilid buku
mengenai falsafah lebih mudah
daripada melaksanakan
sepotong pesanan.
26. Jangan menghina barang
yang kecil kerana jarum yang
kecil itu kadang-kadang
menumpahkan darah.
27. Kegembiraan ibarat
semburan pewangi, pabila kita
memakainya semua akan dapat
merasa keharumannya. Oleh itu
berikanlah walau secebis
kegembiraan yang anda miliki
itu kepada teman anda.
28. Esok pasti ada tetapi esok
belum pasti untuk kita.
Beringat-ingatlah untuk
menghadapi esok yang pastikan
mendatang.
29. Reaksi emosi jangan dituruti
kerana implikasinya tidak
seperti yang diimaginasi.
30. Sahabat yang beriman ibarat
mentari yang menyinar. Sahabat
yang setia bagai pewangi yang
mengharumkan. Sahabat sejati
menjadi pendorong impian.
Sahabat berhati mulia
membawa kita ke jalan Allah.
31. Orang yang bahagia itu akan
selalu menyediakan waktu
untuk membaca kerana
membaca itu sumber hikmah
menyediakan waktu tertawa
kerana tertawa itu muziknya
jiwa, menyediakan waktu untuk
berfikir kerana berfikir itu pokok
kemajuan, menyediakan waktu
untuk beramal kerana beramal
itu pangkal kejayaan,
menyediakan waktu untuk
bersenda kerana bersenda itu
akan membuat muda selalu dan
menyediakan waktu beribadat
kerana beribadat itu adalah ibu
dari segala ketenangan jiwa.

No comments:

Post a Comment