Thursday 24 November 2011

Cinta Tak Memerlukan Sebab

Dalam satu kisah percintaan
yang menarik. Sepasang suami
isteri berjalandi tepi sebuah
tasik yang indah. Kemudian
mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi
tasik. Kemudian si isteri
bertanya kepada si suami. Ini
dialog mereka
Isteri : Mengapa abang
menyukai saya? Mengapa abang
cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh
menerangkan sebabnya, namun
begitu abang memang
menyayangi dan mencintai
Sayang!
Isteri : Abang tak boleh
terangkan sebabnya?
Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya
sedangkan abang tidak boleh
menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu
sebabnya tetapi abang boleh
buktikan bahawa abang
memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti!
Tidak! Saya hendak abang
terangkan kepada saya
sebabnya. Kawan-kawan saya
yang lain yang mempunyai
suami dan teman lelaki,
semuanya tahu menerangkan
mengapa mereka mencintai.
Dalam bentuk puisi dan syair
lagi. Namun begitu abang tidak
boleh terangkan sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang
dan dia berkata "Baiklah! Abang
mencintai Sayang sebab sayang
cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan
mengingati abang selalu. Abang
juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak sayang
melangkah, di situlah cinta
Abang bersama Sayang!" Si
isteri tersenyum dan berpuas
hati dengan penerangan
suaminya tadi. Namun begitu
selang beberapa hari si isteri
mengalami kemalangan dan
koma. Si suami amat bersedih
dan menulis sepucuk surat
kepada isterinya yang disayangi.
Surat itu diletakkan di sebelah
katil isterinya di hospital. Surat
tersebut berbunyi begini :
"Sayang! Jika disebabkan suara
aku mencintai mu... sekarang
bolehkah engkau bersuara?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku
mencintai mu.. sekarang
bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh
itu aku tidak boleh mencintai
mu. Jika disebabkan senyuman
aku mencintai mu... sekarang
bolehkah engkau tersenyum?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu. Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai
mu.... sekarang bolehkah
engkau melangkah? Tidak! Oleh
itu aku tidak boleh mencintai
mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku
tidak mempunyai sebab
mencintai mu lagi. Adakah cinta
memerlukan sebab? Tidak! Aku
masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu
ada sebab. Kadangkala perkara
tercantik dan terbaik di dunia
tidak boleh dilihat, dipegang.
Namun begitu... ia boleh dirasai
dalam hati."

No comments:

Post a Comment