Tuesday 29 November 2011

Renungan 1

62 KATA-KATA HIKMAH UNTUK
RENUNGAN BERSAMA
1. Jangan sekali-kali kita
meremehkan sesuatu perbuatan
baik walaupun hanya sekadar
senyuman.
2. Dunia ini umpama lautan yg
luas. Kita adalah kapal yang
belayar di lautan telah ramai
kapal karam didalamnya.. andai
muatan kita adalah iman, dan
layarnya takwa, nescaya kita
akan selamat dari tersesat di
lautan hidup ini.
3. Hidup tak selalunya indah tapi
yang indah itu tetap hidup
dalam kenangan.
4. Setiap yang kita lakukan
biarlah jujur kerana kejujuran itu
telalu penting dalam sebuah
kehidupan. Tanpa kejujuran
hidup sentiasa menjadi mainan
orang.
5. Hati yg terluka umpama besi
bengkok walau diketuk sukar
kembali kepada bentuk asalnya.
6. Dalam kerendahan hati ada
ketinggian budi. Dalam
kemiskinan harta ada kekayaan
jiwa. Dalam kesempitan hidup
ada kekuasaan ilmu.
7. Ikhlaslah menjadi diri sendiri
agar hidup penuh dengan
ketenangan dan keamanan.
Hidup tanpa pegangan ibarat
buih-buih sabun. Bila-bila masa
ia akan pecah.
8. Kegagalan dalam kemuliaan
lebih baik daripada kejayaan
dalam kehinaan. Memberi sedikit
dengan ikhlas pula lebih mulia
dari memberi dengan banyak
tapi diiringi dengan riak.
9. Tidak ada insan suci yang
tidak mempunyai masa lampau
dan tidak ada insan yang
berdosa yang tidak mempunyai
masa depan.
10. Kata-kata yang lembut
dapat melembutkan hati yang
lebih keras dari batu. Tetapi
kata-kata yang kasar dapat
mengasarkan hati yang lunak
seperti sutera.
11. Lidah yang panjangnya tiga
inci boleh membunuh manusia
yang tingginya enam kaki.
12. Agama tidak pernah
mengecewakan manusia. Tetapi
manusia yang selalu
mengecewakan agama.
13. Nafsu mengatakan
perempuan itu cantik atas dasar
rupanya. Akal mengatakan
perempuan itu cantik atas dasar
ilmu dan kepintarannya. Dan
hati mengatakan perempuan itu
cantik atas dasar akhlaknya.
14. Keikhlasan itu umpama
seekor semut hitam di atas batu
yang hitam di malam yang amat
kelam. Ianya wujud tapi amat
sukar dilihat.
15. Hidup memerlukan
pengorbananan. Pengorbanan
memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan
ketabahan. Ketabahan
memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan
kejayaan. Kejayaan pula akan
menentukan
kebahagiaan.

No comments:

Post a Comment