Friday 3 February 2012

10 Sikap Positif Bina Karier

1. Lakukan Yang Terbaik,,
Apa pun pekerjaan harus
dilakukan dengan baik. Anda tidak akan tahu waktu anda
diperhatikan atau dinilai oleh atasan. Apabila anda terbiasa
melakukan pekerjaan dengan baik dan benar, maka anda
tidak akan sukar untuk menerima tanggungjawab yang
lebih besar. Jangan lupa, apa pun yang anda lakukan, pasti
diperhatikan oleh atasan.

2. Jangan Berhenti Mencari Peluang,,
Profesional yang
sukses sering mencari kesempatan untuk terus maju dan
berkembang. Pasang mata, buka telinga dan tanamkan
wawasan untuk berhadapan kesempatan baru. Anda tidak
pernah tahu bila akan mendapatkan sesuatu yang dapat
mengubah karier anda menjadi lebih cemerlang.

3. Jangan Menunggu,,
Apabila anda menghabiskan waktu
hanya untuk menunggu berlakunya keajaiban, maka anda
akan menunggu dalam tempoh yang lama, malah
barangkali sia-sia. Seseorang yang sukses, sering melakukan
sesuatu secara baik dan tepat untuk mewujudkan
keinginannya. Sebaiknya anda bergerak dan melakukan
sesuatu; mencari cara yang tepat dan jangan hanya
menunggu. Anda pasti menemui hasilnya dan berhak untuk
menggapai impian.

4. Fikirkan Boleh,,
Apa sahaja boleh berlaku. Anda
mungkin tidak pernah bermimpikan untuk menjadi seorang
pengarah. Jika demikian, maka anda memang tidak akan
pernah memegang jawatan tersebut. Ingat, jika anda
berfikir tidak boleh, maka anda tidak akan pernah boleh.
Namun bila anda berfikir boleh melakukan, pasti anda
boleh.

5. Kegagalan Merupakan Kunci Kejayaan,,
Setiap orang
pasti pernah mengalami kegagalan dari semasa ke semasa.
Perbezaan antara individu yang sukses dan mereka yang
gagal adalah bagaimana mereka menghadapi kegagalan
yang dialami. Individu yang sukses selalu belajar daripada
kesalahan yang mereka lakukan dan tetap maju.

6. Tonjolkan Kemampuan,,
Apakah anda menunggu sampai
seseorang itu melihat bakat dan kemampuan anda?
Mungkin sudah tiba waktunya untuk memperlihatkan
kemampuan anda kepada majikan. Profesional yang
berjaya tahu cara memperlihatkan keberhasilan mereka
tanpa perasaan sombong.

7. Memiliki Jaringan Yang Kuat,,
Individu yang sukses
memahami dengan baiknya kepentingan jaringan, baik di
dalam mahupun di luar pejabat. Anda perlu bersikap
proaktif untuk mengembang hubungan profesional. Ajak
dan undang rakan sekerja untuk menikmati makan tengah
hari di luar. Sesekali, pergilah ke kafe selepas tamat waktu
kerja. Bergabunglah dengan pertubuhan profesional.
Kembangkan jaringan profesional demi masa depan anda.

8. Tidak Terikat Pada Latar Belakang Pendidikan,,
Apabila
anda merasakan bahawa pekerjaan yang anda lakukan
tidak sesuai dengan latar belakang pendidikan, maka anda
akan mempamerkan prestasi yang buruk. Mungkin
pekerjaan yang anda lakukan tidak sesuai bagi anda tetapi
seorang yang berjaya tetap melakukan tugas yang
diamanahkan dengan baik.

9. Menganggap Setiap Orang Penting,,
Apabila anda ingin
bersikap agresif, anda perlu bersikap baik dengan rakan
sekerja dan orang yang berada di sekeliling. Anda keliru jika
menganggap tidak perlu menjalin hubungan baik dengan
setiausaha atasan. Bersikap sopan dan ramah terhadap
orang sekeliling anda. Ia mungkin menjamin masa hadapan
anda kelak.

10. Menganggap Setiap Orang Penting,,
Anda
bertanggungjawab atas nasib anda, maka sudah menjadi
kewajipan untuk terus mencari jalan dalam memperbaiki
profesionalisme anda. Bersikap sukarela dalam melakukan
tugasan tambahan, berminat untuk mempelajari sesuatu
yang baru dan bersedia pulang lewat untuk membantu
sesama rakan sekerja. Pekerja yang sukses tidak hanya
bekerja pada waktu kerja tetapi juga bersedia pada sebarang
masa.

Published with Blogger-droid v2.0.1

No comments:

Post a Comment